Anda pernah dengar cerita Mak Cik si penjual Tempe?….Cerita ni saya dpt hasil forward dari seseorang….dah lama dah. Sebenarnya saya ni peminat tempe dan hasil2 dari kacang soya, semua nya saya suka, soya ke tauhu ke (tapi sejak masuk dlm tv tgk cara pembuatannya saya dah kurang la makan tauhu ni hihi) disamping khasiat proteinnya yg tinggi. Mungkin cerita ni dah lain sikit dari cerita asalnya hasil tokok tambah saya sendiri tetapi moral of the story tetap sama.
Alkisahnya di sebuah kampung di pulau Jawa tinggallah sorang makcik tua yg setiapnya hari kerjanya membuat tempe dan menjualnya di pekan berdekatan kampungnya. Kiranya mcm pasar tani kat tempat kitalah tu…
So spt hari2 yg biasa, satu pagi ni, makcik ni pun bersiap2 lah memasukkan semua tempe2 yg dibuatnya beberapa hari lalu ke dlm bakul utk dijual, biasanya tempenya masak lepas beberapa hari dibuat. Tergerak pulak di hati mak cik ni nak check tempenya hari tu, takut2 tak masak pulak, sia2 je, sapa nak beli….jeng jeng jeng hatinya berderau apabila melihat tempe2nya baru separuh masak!… aduh gimana nih…bagaimana harus aku mendapat uang utk hari ini….waduh3x brengset!! (haha itu saya tambah). Maka teruslah dipanjatkan doanya kepada Allah agar dimasak’inn tempenya itu. Bagaimanapun makcik itu membuat keputusan utk terus pergi ke pasar utk berjualan dgn harapan tempenya masak apabila tiba di pasar. Setibanya dipasar makcik tu pun check kembali tempenye namun hampa tempenya belum juga masak. Makcik tu pun tidak membuka jualannya, hanya berehat di tepi jln pasar itu. Hatinya turut hampa kerana Allah tidak memakbulkan doanya dan merasa Allah tidak mendengar permintaanya. Ketika tu, dlm hatinya juga berkata2, “kalau lah dari dulu aku buat Google Adsense, tak mungkin nasib ku jadi begini….mlm2 pun uangnya masyuk!…”
Matahari hampir meninggi, kebanyakan penjual yg lain hampir habis jualannya dan ada juga yg bersiap2 utk pulang. Makcik itu pula terus menangis kehampaan….nampaknya tiadalah rejeki ku pada hari ini… Tiba-tiba dtg seorg wanita separuh umur bertanyakan, “Mbak ada jual tempe yg belum masak nggak?”, Ya ada-ada, katanya bersungguh2, berapa ibu mahu, tanyanya. Yah kalau boleh kesemuanya boleh nggak?….Ya silakan-silakan bu….org mengantuk disorongkan bantal!. Tapi boleh saya bertanya kenapa ibu mahu membeli tempe yg belum masak?…Oh sebenarnya saya mahu menghantar kepada anak saya yg sedang belajar di New Zealand. Kalau saya menghantar tempe yg sudah masak sudah tentu apabila diterima tempe itu tidak dpt dimakan lagi….oh iya iya, jawab makcik itu dgn penuh kegembiraan. Kini barulah makcik tu tahu kenapa Allah tidak memasakkan tempenya pada hari itu. Ya Allah kenapalah aku terburu2 menyalahkan MU kerana tidak mendengar permintaan ku sedangkan kamu mempunyai perancangan yg lebih baik buat ku, kata makcik itu sambil berjalan pulang dgn penuh keinsafan….so moral of the story tempe kalau dibuat sambal goreng…perghh…ibu mertuaku lalu pun buat dekk je…hehe sebenarnya jgnlah kita terlalu merasa hampa jika Allah tidak memakbulkan doa yg kita pinta sedangkan Allah sebenarnya ada rahsia tersendiri keatas sesuatu perkara. Wallahua’alam.
Any comments, pernah kah anda berhadapan dgn situasi yg hampir serupa?…
Bookmark Artikel Ini:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
Be First To Comment
Related Post
Leave Your Comments Below