Salam, apa khabar anda semua hari ini. Semoga semuanya sihat disamping keluarga dan org tersayang. Bercakap soal org tersayang, hari ini saya cukup sedih apabila mendapat khabar anak kesayangan kawan baik sepengajian saya telah meninggal dunia disebabkan leukimia. Sebenarnya penyakit itu baru saja dikesan tak sampai sebulan yg lalu. Saya mengagakkan penyakit tu baru pada peringkat permulaan dan yakin dgn kuasa Allah bahawa ianya akan sembuh.
Kisahnya bermula apabila anak kecil itu mengalami demam yg tidak menentu. Siang baik mlm demam kembali. Selepas beberapa kali ke klinik masih juga tidak sembuh. Akhirnya kawan saya mengambil keputusan utk mendapatkan rawatan di Hospital Putrajaya. Disitulah penyakitnya dikesan. Selanjutnya hatinya membengkak. Agak terkilan kerana anak tu terpaksa dikuarantin menebabkan kami tidak dpt melawat. Selepas beberapa hari keadaannya nampak sedikit sembuh selepas rawatan di hospital.
Lepas beberapa hari anak itu dibawa balik ke kampung halaman di utara utk diubati secara tradisional. Namun hari ini Allah lebih menyayangi anak kecil ini lebih daripada kita menyayanginya. Semoga Aqilah…bersemadilah mu di sana dgn tenang. Semoga setia menunggu Ayah dan Ibumu di pintu syurga. Buat ayah dan ibunya, bersabarlah menghadapi dugaan dunia ini….ganjaran utk kamu berdua nanti hanyalah menjadi rahsia Allah….ALFATIHAH.














hoho..theme lebih kurang sama ler..hehe. Header pun lebih kurang sama. Tuan rumah, saper buat ni? Hehe..