Salam sejahtera,
Minggu lepas, 20 Mac 2008 bersamaan 12 Rabiul Awal kita menyambut hari Maulidur Rasul. Ianya adalah untuk memperingati hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W.
Sebenarnya bukan setakat kita perlu mengingati hari kelahiran baginda malah kita perlulah mengenali baginda dgn lebih mendalam. Siapa baginda, siapa keluarganya, isteri-isteri dan anak-anaknya, sejarah hidup dan segala-galanya berkaitan Rasulullah kita.
Sambutan di negara kita diadakan dgn agak meriah dan berbagai cara.. Ada yang melakukannya dengan berarak sambil berselawat dan ada yang mendengar ceramah saja. Bagaimanapun di tempat saya tinggal di Seksyen 8 Bandar Baru Bangi, kami penduduk bergotong royong menyembelih lembu (yang disedekahkan oleh seorang penduduk) dan juga kambing (aqiqah). Wah seronok juga melakukan aktiviti begini disamping mengeratkan silaturrahim sesama penduduk. Suasana riuh bermula dari “acara” kejar mengejar dgn lembu dan melihat skill masing2 melapah lembu dan kambing. Selepas selesai memasak, diadakan ceramah agama sebelum solat Zuhur dan selepas tu acara yg ditunggu-tunggu…apa lagi makan la!. Ok itu di tempat saya, bagaimana dgn di tempat anda?…
Oklah, sebenarnya saya nak menerangkan bahawa salah satu cara kita mengingati Rasulullah adalah dengan selalu melakukan sunnah-sunnahnya. Salah satunya adalah berbahasa Arab. Jika tak tahu kenalah mempelajarinya kan. Sekarang ada berbagai medium atau perantaraan atau cara pembelajarannya. Jika ada masa yang mencukupi lebih baik jika kita belajar dari guru secara direct di kelas tapi bagi yg tiada masa boleh lah kita membeli buku dan mempelajarinya di rumah. Kini sudah ada ebook mempelajari Bahasa Al Quran itu. Ianya tulisan Ustaz Abdul Rahman bin Jamaan. Beliau adalah sorang pensyarah Bahasa Arab di UITM dan berpengalaman mengajar Bahasa Arab selama 9 tahun kepada umum. So saya sarankan kepada yang berminat untuk mendapatkan ebook ini sila klik di sini.
Manfaatnya kalau kita tahu berbahasa Arab ni tentulah tak perlu diterangkan lagi kan, rasanya anda semua amat arif dalam hal ini. Ok sehingga post seterusnya…..sentiasa lah kita berusaha menjadi manusia yang terbaik di sisi Allah dengan menambah amal dan ilmu-ilmu dunia dan akhirat, Wallahualam.













Be First To Comment
Related Post
Leave Your Comments Below