Salam sejahtera…
Walaupun sudah hampir dua minggu Pilihanraya Umum ke 12 (PRU12) telah berlalu, tapi kehangatannya masih terasa. Mana taknya, pertama kali dalam sejarah 4 negeri berjaya di tawan pembangkang dan Kelantan terus ditadbir parti PAS malah dgn kemenangan yang lebih amat besar.
Kerajaan haruslah menerima hakikat ini. Pada pendapat saya rakyat telah menunjukkan kuasanya yg sebenar “people’s power”. Agak-agak anda apakah yang menyebabkan sebilangan rakyat memilih utk mengundi pembangkang?…Ya sila beri pendapat anda…Bagi pendapat saya pula antara sebab2nya adalah kenaikan harga barang keperluan dan minyak, ketidakpuasan hati bangsa India kepada kerajaan dalam menangani kes Hindraf baru2 ini dan ditambah pula janji2 pembangkang dlm manifestonya untuk menurunkan harga minyak, mengekang kenaikan harga barang dan berbagai janji2 indah yang lain. Hmm…kerajaan mestilah melakukan sesuatu untuk memenangi hati rakyat semula. Itulah pendapat 2 sen saya.
Satu perkara lagi yang suka saya tekankan disebabkan sekatan terhadap penggunaan media perdana khususnya TV dan Surat Khabar utama negara menyebabkan pembangkang beralih pada kuasa Internet. Penggunaan internet didalam penyebaran maklumat oleh pihak pembangkang dan individu2 pro pembangkang kali ini amatlah hebat. Wujudnya beratus blog dan laman web segera oleh individu2 khusus membincangkan tenang PRU kali ini.
Fungsi blog sebenarnya amatlah byk antaranya utk kredibiliti penulis, penyebaran maklumat dan peluang mengekspress pendapat secara terbuka. Jika anda berminat untuk membina blog sendiri samada utk bisnes, peribadi sila dapatkan Pakej Kit Blooger. Ebook di dalam bahasa Malaysia ini amatlah komprehensif dan amat mudah diikuti walaupun anda hanya mempunyai pengetahuan yang asas tentang komputer dan internet. Saya sendiri belajar dari saudara Smartzul dan hasilnya lihatlah blog saya ini. Ini hanyalah baru dikira permulaan, saya masih terus mempertingkatkan blog ini agar lebih canggih dan byk pautan yg berfaedah. Ok, selamat berblogger. Hava a good day.













Be First To Comment
Related Post
Leave Your Comments Below