Pada 8 June lalu, harga minyak naik lagi kepada RM2.70/liter. Sedihnya kita sebagai rakyat Malaysia yang menjadi negara pengeluar minyak tapi tak dpt menikmati kelebihan utk mendapat harga minyak yg murah. Walaupun jika dibandingkan harga minyak dinegara jiran yg lebih tinggi, hakikatnya mereka bukanlah negara pengeluaran minyak. Bukan sesuatu yg bijak utk membandingkan harga minyak di Singapura yg berharga RM5/liter lebih sedangkan pendapatan perkapita rakyat mereka USD25000 sedangkan negara kita cuma USD5000. Jgn dibandingkan dgn Thailand dimana harga kereta mereka RM10000 lebih murah dari kita, tiada cukai jalan dan lebuhraya 6 lane dari Hatyai ke Bangkok tanpa tol!!.
Tak guna lagi mengeluh tentang perkara ini, yg penting life must go on, kitalah yg perlu mengubah cara hidup kita sesuai dgn perubahan ini. Saya turunkan sedikit tips dari Azizi Ali utk penjimatan minyak kereta anda…err selain dari menggunakan alat penjimatan minyaklah (yg belum tentu jimat itu)…
1) Servis kereta anda mengikut jadualnya.
Mungkin kita fikir ianya mahal utk selalu servis ni tapi utk jangka panjang, ia sebenarnya murah utk melakukannya selalu kerana kereta anda akan memakai kurang minyak. Enjin yg tidak ditune dgn betul akan membakar lebih minyak. Lagi pula anda akan berjimat dari segi kurangnya kereta anda utk rosak kalau kitaselalu menservisnya. Risiko utk kemalangan berpunca dari enjin juga tentunya dpt dielakkan, Insyaallah.
2) Memandu dgn perlahan.
Ini juga akan mengurangkan pembakaran minyak. Jika selalunya anda memandu pada kelajuan 110 km/jam, anda akan jimat 20% minyak dgn mengurangkan kelajuan pada 80 km/jam!
3) Jangan bawa accessory yg tidak perlu.
Jelas sekali, lebih byk barang yg anda bawa, lebih byk minyak diperlukan utk itu. Contohnya stroller anak anda yg selalu dibawa ketika shopping, bolehlah disimpan saja di rumah ketika ke pejabat.
4) Pastikan angin yg cukup pada tayar anda.
Selalulah menyukat pressure angin anda selalu utk memastikan tayar anda betul2 berangin. Tayar yg kurang angin akan menambah penggunaan minyak pada kadar 10% atau lebih!.
5) Selalu pastikan jalan yg anda akan lalui sebelum memulakan perjalanan.
Ini utk memastikan anda tidak sesat sekaligus menyebabkan jarak perjalanan yg jauh dan pembaziran dlm penggunaan minyak.
6) Berkongsi kereta.
Ianya tidaklah menjimatkan penggunaan minyak anda secara langsung tapi lebih kepada menjimatkan kos. Contoh jika anda seorang lagi ofismate bergilir2 membawa kereta katakan seorg seminggu, ianya dpt menjimatkan minyak dlm sebulan dan tempoh utk masa penyelenggaraan yg lebih lama.
7) Matikan enjin ketika berhenti.
Jgn biarkan enjin anda ON ketika berhenti utk tempoh yg lama contoh ketika menunggu seseorang.
Guna kenderaan awam.
Hmm tentu lebih jimat jika anda menggunakan bas atau komuter/lrt terutamanya ketika anda bercadang utk ketempat yg diketahui dgn keadaan jamnya. Jimat minyak dan anda tentunya tidak pening kepala dlm kesesakan dan juga pening utk mencara parking, kan.
Ok, selamat mencuba tips2 diatas.













Be First To Comment
Related Post
Leave Your Comments Below